rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Malaysia Boleh!!!!

~~~~Assalam~~~~~

post kali nie, popcorn nak tujukan khas pada skuad bola sepak malaysia yang melakar sejarah baru tadi...

FAM
yang sebenarnya popcorn tak minat tengok bola pun... tapi sebab tadi kebetulan masa makan KFC, family popcorn tengok bola.. so, popcorn pun makan sambil tengok bola la...

bestnya ayam nie...hehehe
sebenarnya banyak yang popcorn tak tau pasal bola nie.. camne tetibe bola tu orang lain pulak amik, camne tetibe tu tetibe nie...hehehe.. tengok je la kan... tapi memang harimau dekat pintu gol tu hebat la... pandai die jage bola.... ermmm tah boleh terime tak komen popcorn nie... yela, tak pandai menilai sangat..hehehehe...

pape pon... malaysia memang terbeak la!!! dapat naikkan nama negara...
sejuta ucapan tahniah buat pemain malaysia....

malaysia boleh!!!!



kalaulah ade peminat bola yang "sorang" tu baca post nie..
mesti die pelik sebab popcorn cerita pasal bola..hehehe...
tapi popcorn just tengok sampai ayam popcorn habis je... lepas tu dah tak tengok dah..
dengar bunyi jer..hehehehe

Kad ATM baru lagi...

PENDAHULUAN..
Assalam, haa.. hari ini popcorn berdepan dengan satu masalah yang mencemaskan lagi merungsingkan....huhuhu.. tapi nasib baik la dapat diselesaikan dalam masa yang sama.. alhamdulillah.. 9.00 am, "kak farah!! kak farah!!!" bergema suara manusia dengan bisingnya....suara siapakah itu??? owh "budak Rabbit" rupanya..dengan muka baru bangun tdo, popcorn bukak pintu.. dah nak balik kampung dah rupanya... ok bye jiran ku... tinggal la popcorn dengan ida..aish.. seme orang dah balik kampung..hmm~~~

ISI KANDUNGAN
ok, cerita bermula apabila melangkahnya kaki keluar dari bilik dengan nawaitu melawat SUB-UTM..hehehe.. belum sempat kaki melangkah 10 langkah, perjalanan ditahan oleh pakcik pejabat kolej yang jaga stor.. terpaksa la bebual dengan dia dulu.. huhuhu banyak jugak cerita yang dapat tahu dari dia..huhuhuhu.. sesiapa nak tahu gosip terbaru kene call or buat appointment dulu la yer..hehehe

seterusnya perjalanan diteruskan ke destinasi utama.. popcorn bersama kawan-kawan (ila,ida dan jue) sama-sama menuju ke bus stop.. haa.. tau tak hari ni kiteorang naik BAS BARU!!!! huhuhu.. waaahhhh.. kaya betul UTM nie... banyak betul bas-bas yang disediakan untuk pelajar... TQ UTM...huhuhu

bas ke kolej 11 yang baru lebih kurang la macam ni..kn?? hahaha

sesampainya di sana, niat utama terus dilaksanakan.. setibanya di mesin ATM kat SUB tu, hmm ramai la pulak student nak keluarkan duit.. sebagai seorang yang berdisiplin lagi baik hati..hahahaha popcorn beratur menunggu giliran untuk keluarkan duit yang kakak kesayangan masukkan tu... hehe.. pokai biase la..huhuhu
ATM-UTM skudai

Ehem, dengan yakinnya popcorn megikut prosedur yang simple lagi senang untuk keluarkan duit tu... tiba-tiba!!!!! erk!! alamak!!!! oh no!!! silap masukkan no pin.. macam mane nie?? alahai.. kad tak diterima lagi.. ape perlu wat!!!!!!!!!!!! taidakkk... ok jangan cemas... fuh.. nasib baik ila and jue ade di sebelah.. terus je kiteorang serbu masuk dalam bank tu.. tanya apa nak buat seterusnya...

setelah berbicara dengan lemah lembutnya, maka jalan penyelesaiannya ialah "WAT KAT BARU!!" dam!! baru je wat 13 hari yang lepas, dah kene wat baru... OMG!!

langkah pertama yang perlu diambil, balik bilik ambil buku bank... alahai,dugaan betul.. hmm lunch tadi RM2 jer.. tu pon makan tak habis.. takpe la.. kene selesaikan jugak hal nie.. kalau tak, confirm tak tenang punya.. dah la duit dah takde, dalam bank pon dah tahap apas dah..hehehe.. nak tak nak terpakse la selesaikan jugak, selepas makan and balik naik bas pak cik hndustan tu, tetiba nampak Mas tengah start kereta nak balik kampung.. dan2 cakap nak tumpang untuk pergi SUB balik..hehehe.. dengan larian selaju yang mampu.. popcorn berlari ke bilik ambil buku bank.. fuh nasib baik ada... erm sangat berterima kasih dekat Mas sebab hantar popcorn and ila semula ke sana... huhuhu... ila tu orang cakap tak payah teman nak jugak teman.. huhuhu terharu betul ada kawan macam tu... muaxxx,, sayang ila sangat-sangat....

Alhamdulillah..semua urusan kat bank berjalan dengan lancar... baik betul la pekerja bank kat sana...dan akhirnya dapat la kad ATM baru setelah dipotong RM12 dari bank..hukhukhuk.. sedihnya..nak buat macam mana..kene la terima, salah sendiri kan, kene la tanggung sendiri.. bajet untuk hidup di UTM beberapa hari ini kene cut la sikit,ye ker??? huhuhu


melabur dalam perbankan islam

PENUTUP
huh!!! dengan berlakunya kes yang sama tapi tak serupa ini.. popcorn berjanji pada diri popcorn akan lebih berati-hati pada masa akn datang.... moral of da story,jangan lakukan kesilapan yang sama, nanti yang susahnya diri sendiri jugak++ kawan yang terlibat dalam cerita....hehehe

wasalam

TIPS KEPADA PEMBELI RUMAH.....


As salam, haa... entries kali ini membawa sedikit kelainan..

popcorn nak kongsi sikit apa yang telah popcorn belajar.. biase la lepas exam rajin la pulak nak wat kesimpulan ni...huhuhu...

post nie nak bagi panduan kepada sesiapa yang berminat hendak membeli rumah... beberapa perkara perlu diambil perhatian...dan antara perkara-perkara tersebut ialah...
Beberapa aspek penting bagi pembeli rumah...
sebelum anda membuat keputusan bagi membeli rumah, sila pastikan:
  • pemaju perumahan mempunyai lesen yang sah dan masih lagi berkuasa..
  • mempunyai permit klien dan jualan yang sah dan masih lagi berkuatkuasa
Kenal pasti jenis rumah...
surat perjanjian jual dan beli (SPJB) untuk tanah dan bangunan ( Landed Property) seperti rumah banglo, rumah bekembar dan rumah teres ialah 24 bulan. SPJB untuk bangunan yang dipecahbahagikan (building derided for subdivision) seperti kondominium,rumah pangsa, apartment dan rumah bandar ialah 36 bulan.

pembeli adalah dinasihatkan mendapatkan brochure atau risalah secara percuma daripada pemaju di mana di dalamnya terdapat semua maklumat penting projek termasuk nombor lesen, permit dan sebagainya...

Status tanah
pastikan status tanah samaada
  • hakmilik kekal- bermakna selama-lamanya kekal
  • pajakan- pastikan baki pajakan tamat pada tarikh pembelian
  • rezab melayu
semakan mengenai status tanah ini boleh dibuat secara carian di pejabat pendaftaran negeri..iaitu carian hakmilik..
hmm ini la sedikit sebanyak tips yang dapat popcorn kongsikan..ni popcorn simpulkan dari apa yang telah popcorn belajar dalam kuliah...moga-moga panduan ini memudahkan bakal-bakal pembeli harta tanah...

selamat maju jaya..