rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

it's mine

ASSALAM...

rasanya dah lame tak update blog nie, bukan pe.. busy dengan macam-macam hal yang memerlukan perhatian dari diri ini..hahaha.. pergh ayat eden, tak ley blah... hari nie popcorn tak tau nak merapu pe.. tapi pe yang berlaku pagi tadi menyebabkan popcorn macam nak mengarang sumting.. pagi tadi, masa bangun subuh.. popcorn terlanggar baldi popcorn.. yelah, tengah mamai-mamai bangun dari katil sambil pejam mate, semua benda popcorn langgar..hahahaha... tetibe bila terlanggar baldi tadi macam kesiah pulak kat baldi tu..hahahaha.. lawak la pulak..

ok let me introduce my "baldi'..hahaha..
  1. berwarna: purple~~ sangat-sangat tak menyesal sebab beli warna kesukaan popcorn.. gile obses dengan warna purple, sampai baldi pon warne purple..hahahahahaha...
  2. berusia: tidak dapat dikenal pasti~~~ tapi dibeli pada tahun 2007 bulan mei.. iaitu sehari sebelum mendaftar masuk ke KMPh(kolej matrikulasi pahang).. so kalau dikira dengan menggunakan kaedah matematik, baldi itu mungkin berusia 5tahun++ sebab jangka hayatnya di kedai masih tidak dapat dipastikan lagi.. tak ley nak interview baldi tu lah..hahahahahaha..
  3. bersaiz: sederhana~~ jika diukur dengan menggunakan alat pengukur yang dinamakan pembaris pendek.. mungkin diameter at the bottom lebih kurang 20cm, manakala at the top, diameternya dianggarkan dalam 30cm...
  4. tempat lahir: semestinya kilang~~~ kilang mana popcorn tak tau.. sebab kertas yang melekat pada baldi tu dah hilang...hehe.. tapi seingat popcorn, popcorn beli dekat pekan,pahang.. dekat pasaraya pe ek?? lupe pulak.. yang dekat-dekat dengan kilang kereta tu....
  5. dibeli oleh: ayah/mak~~~ boleh dikatakan hampir 70% barang-barang kepunyaan popcorn ditaja sepenuhya oleh encik zulkefli dan juga puan kamilah..hehehe termasuklah baldi itu sendiri.. so terima kasih atas pemberian itu..huhuhu..
sebenarnya banyak kenangan popcorn dengan baldi tu... sewaktu dekat matrik dulu, baldi itu penah menjadi penyelamat kepada iron dan jugak heater (junior kepada baldi :p).. sewaktu pemeriksaan bilik diadakan, popcorn telengkupkan baldi tu agar dapat melindungi iron dan juga heater itu supaya ianya tidak dinampak pada mata kasar si pemeriksa bilik itu.. maka terselamatlah iron and heater itu dari menjadi mangsa saman oleh pihak asrama..hahahahahaha...

selain itu, ia juga selalu
memudahkan popcorn angkat baju untuk dibasuh..hahaha.. memang tu la function dia pon.. banyak jugak jasa dia pada popcorn ye.. hope dapat lah dia bertahan dengan popcorn sampai habis belajar nie.. ade 2 tahun lagi.. harapnya ianya tidak akan mengalami kecederaan yang serious pada masa akan datang sehingga memudaratkannya untuk menjalankan fungsinya.. akhir kata.. itulah antara barang keperluan popcorn yang telah lama berjasa pada popcorn..hehehehehe....dan disini jugaklah pengakhiran pemerapuan popcorn hari nie..hehehe.. so see u oll in other post.. bye... =)

...saya baldi...

0 luahan hati mereka:

Post a Comment