rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

the road not taken

ASSALAM..

lama tak update blog nie...
sebab semua idea bagaikan tak mahu mengalir keluar..
tersekat di celah celah urat dawai kat kepale nie.. hehehe

hari nie, tak de pape nak di celotehkan..
mood kurang baik.. semua benda ibarat tak kene je..
tak tau apa yang perlu dilakukan

ingat tak poem the road not taken??
dulu popcorn suka sangat dengan poem tu..
memilih antara dua jalan...

kadang-kadang kita bagaikan bingung untuk buat pilihan..
tak tau mana satu betul..
mengikut kata hati ataupun ikut akal fikiran..
orang-orang tua kata ikut hati badan binasa..
orang muda pulak kata macam mane?? istikharah.... hehehe


mungkin kadang-kadang kita tak tau, apa yang ditentukan untuk kita,
tapi semua berlaku bersebab... bergantung kepada penerimaan kita,
ambil perkara yang positive bila berdepan dengan sesuatu perkara..
perkara yang berlaku sebenarnya membuakan kita lebih matang,
membuatkan kita menginsafi, menerima, membuat kita lebih kuat, mengajar kita apa itu erti kehidupan bersama, menilai diri sendiri dan juga menilai persekitaran kita..

kadang-kadang benda yang simple pun boleh jadi susah bila kita mengambil jalan yang susah.
kita kene bijak membuat pilihan.. tapi kesalahan di masa sekarang bukanlah penentu untuk masa depan.. belajar dari kesalahan memang sesuatu yang bagus untuk memperbaiki diri..

tapi dengan segala keputusan yang kita buat,
kita mestilah bersedia dengan kesan yang mendatang..
so sebelum sesuatu tindakan itu diambil,
fikirlah sebaik-baiknya, supaya kesan itu boleh membawa kepada
kebaikan dalam kehidupan kita............







hati yang lembut tak selalunya lembut,
pengalaman mengajar hati itu menjadi lebih kuat,
menjadi lebih berhati-hati dengan segala perkara,
tak semudah itu untuk terus memberi..

Aksi dalam makmal computer

ASSALAM..

hai, semua.. apa khabar..
hari nie popcorn just nak share gambar-gambar yang popcorn curik-curik masa kelas SMT..
biasa la.. macam-macam ragam classmate popcorn nie...
jom kita tengok

mungkin ini posisi yang dirasakan sesuai untuk fokus dalam kelas... hehehe


walking bloging???hahaha..
adoii.. blog popcorn tak nak pulak die bukak...

game-game..
menjana pemikiran yang lebih kreatif


tidur ke mas?? hehehe
ita?? main pe tu??

ok... this one, totally belakon.. hehehe


biasenya, kalau time presentation macam nie la..
tapi kalau kuliah semua fokus..
lain la klau semua penat..
semua macam nak tidur je..